Saya copy paste dari kak VP....

MAKE OVER DIRI ANDA BERSAMA KEM KOTEX® 2008

[entry baru di bawah entry ini]

Untuk pengetahuan uols, Kotex ada menganjurkan KEM KOTEX® 2008 Club Med Cherating Beach pada 17 – 19 Disember 2008. Terbuka kepada gadis yang berumur 13 - 21 tahun, kalau uols bukan dalam lingkungan itu, ada adik-adik perempuan tu mohon kabar2kan.



"MAKEOVER" Diri Anda! Alamilah Sesuatu Yang Luar Biasa. Satu Perubahan Hidup Untuk Pengalaman Baru!

“Eksklusif! hanya 50 Gadis Bertuah akan dipilih untuk menyertai KEM KOTEX® 2008
CEPAT!, terus download atau print je borang ni Pastikan baca dan paham betul2, Lepas tu isi, biar jelas dan terang la, kata nak menang kan :p.




Kalau uols BERMINAT?

Beritahu kami satu perkara tentang anda yang ingin diperbaiki untuk mengecapi impian anda
(Tidak melebihi 150 patah perkataan)


Semua penyertaan mesti diterima selewat2nya sebelum 5.30 petang pada
31 Oktober 2008 (Jumaat)

Jangan lupa baca terma dan syarat: Saya listkan sikit, nak lagi detail klik terma dan syarat yang tertera kat laman KEM KOTEX® 2008 :

1. Mesti seorang gadis berumur 13-21 tahun.

2. Uols boleh hantar berapa banyak borang penyertaan yang uols nak, borang fotostat pun boleh tapi setiap borang penyertaan mesti lengkaplah dalam tulisan asal; pastu dengan jawapan esei dan sebarang dua (2) polibeg luar pad Kotex® (sama ada Kotex Soft & Smooth® yang berwarna biru, Kotex® Dri-Comfort yang berwarna ungu ataupun Kotex® Style yang berwarna ungu muda). Tapi ingat! Kotex® buatan Indonesia tidak akan diterima.

3. Esei tu mesti ditaip/ditulis pada 1 helai kertas putih bersaiz A4. Kalau nak tulis tangan pun boleh, tp kena lah JELAS… ada paham?

4. Semua penyertaan mesti diposkan kepada: ‘Kem Kotex® 2008’, PO Box 8615, Pejabat Pos Kelana Jaya, 46793 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.



Untuk Maklumat lanjut klik ke website kotex, http://www.kotex.com.my/kem2008/index.htm. Ok kalau tak paham lagi, uols call jer talian bebas tol 1800 82 1188 (Isnin Khamis, 9 pagi - 3 petang) atau emel: marketing.my@kcc.com, senang jer kan!.

Ini adalah view Club Med Cherating Beach, cantik sangat kan :D


Best tau join kem ni, sebabnya boleh “Beach Party” bersama selebriti okey. Ada Wan Sharmila, Sari Yanti, Elliza, Ahli Fiqir dan banyak lagi lah, whopss! Dr. Sheikh Muzaffar, angkasawan kita yang ensem lagi macho pun akan turut berada di sana.

Lagi menarik di Club Med Cherating Beach, uols boleh menguji daya tahan fizikal dan mental, boleh cuba kemudahan riadah yang lebih mencabar seperti wall climbing, sailing atau terbang di udara. BEST SANGAT!




Lakukanlah PERUBAHAN untuk pengalaman baru anda. ‘MAKEOVER’ diri anda. Kenalpasti potensi anda, tingkatkan keyakinan diri, buka minda dan dapatkan aspirasi baru bersama Kem Kotex® 2008.

Rebutlah peluang keemasan yang mungkin datang hanya sekali sahaja ini.

SUKA SAYA INGATKAN SEKALI LAGI, ESEI ITU MESTILAH TIDAK LEBIH DARI 150 PATAH PERKATAAN SAHAJA. MUDAH SAHAJA, KAN?

Selamat berjaya yer semuaaaaaa

1 comments:

Mommy Lily

October 19, 2008 at 1:32 AM

yea yea tieha main kutu boleh beli kamera nanti.

.