Rangupkan cucur www.familiazam.com
Bagi penggemar cucur udang, ikan bilis, jagung mahupun pisang, mungkin tidak mahu melepaskan peluang menikmati hidangan ini panas panas. Tambah tambah lagi dengan kerangupannya. Untuk merangupkan cucur supaya lebih enak dimakan, masukkan dua sudu besar
minyak panas ke dalam bancuhan tepung cucur anda. Kacau bancuhan tersebut hingga sebati dan goreng.
saya lebih suka masukkan santan sebagai penganti telur dalam cucur. hasilnya memang lemak giler.. best sangat..
Elakkan mata berair kerana bawang www.familiazam.com
Rendam bawang dalam bekas berisi air, anda boleh mengupas terus bawang yang direndam tadi di dalam air. Ada satu cara lagi, anda boleh simpan bawang yang hendak digunakan esok hari di dalam peti sejuk tanpa mengupas kulitnya. Keesokkan harinya anda boleh mengupas dan memotong bawang tersebut tanpa mata rasa pedih dan berair.
apa yag saya buat... paki goggle mandi.. hahahhahh.. amat senang.. terus tak kena mata...
Memotong buah-buahan
Sebelum memotong buah-buahan, pisau hendaklah disapu dengan limau nipis terlebih dahulu. Dikatakan limau nipis mengelak potongan buah-buahan daripada menjadi lebam.
saya buat.. klu sudah potong tu, saya bilas dengan air garam.. menjadi la jugakkk
Menghilangkan pahit peria
Peria memang pahit. Untuk menghilangkan pahitnya, potong peria dan rendam didalam air berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit, sejatkan dan masaklah peria tadi mengikut resepi anda.
saya dapat info dri nenek saya and kak jemah
goreng peria bersama telur.. kak jemah kita suka buat telur dadar. inti dia peria...(klu tak silap saya la.. dh laa baca entry dia dgan peria ni..)
Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM
1 year ago
2 comments:
March 27, 2010 at 2:43 PM
salam
wah manyak petua nie.. kot2 nak try petua leh cari kat sini :)
April 4, 2010 at 3:05 PM
datang2 la cari petua kat sini
Post a Comment