Isu Cerai

semalam saya dengar hot fm(khamis petang.. saya taip entry ni jumaat malam n saya buat scheduled for this entry)..

Leya buat borak chat - isu cerai..

sekarang saya tengok cerai ni macam satu fenomena dan satu yang common untuk pasangan suami isteri.. katanya, tiada persefahaman...

bercinta bagai nak rak sampai 10 tahun tup tup kahwin 10 hari, kahwin 10 bulan, cerai...

mostly punca cerai, tiada persefahaman, n orang ketiga... atually dua ni berkait... bila salah seorang dah tiada persefahaman, tiada rasa cinta, mula la mereka cari orang ketiga...

pada saya, banyak cara untuk menjalinkan persefahaman. bukan ke ada kata pepatah, lagikan lidah tergigit, inikan pula suami isteri..

so kita sebagai suami isteri mesti sentiasa mencari persefahaan tuh.. memang persefahaman tidak akan datang dengan sendiri tapi kita perlu mencari..

dalam setiap hubungan suami isteri, mesti ada seorang yang mengalah, then kalu suami minat memancing contohnya, si isteri perlu layan je even dia tak suka langsung dengan air.. atleast ikut je suami ke tepi pantai dan beri sokongan... then suami pun kene la buat perkara yang sama.. contohnya si isteri suka sangat berkebun, si suami perlula tolong si isteri ni semi benih, cangkul tanah even si suami ni langsung tak suka main dengan tanah...

kita suami isteri perlu ada give and take...

tapi bila timbul isu orang ketiga and mostly orang ketiga n perempuan la...bila kita dapt tahu suami kita ada perempuan lain, or tiba2 je minta izin nak kahwin 1 lagi, first thing yang kita patut buat, bukan melenting marahkan suami, tapi cari kat mana silap kita sebagai isteri sampaikan suami terfikir nak cari isteri satu lagi... apa yang saya boleh kata, bila si suami minta izin dengan kita, itu tandanya dia masih sayang kat kita. yag jenis lelaki gatal ni, tiba2 je terus bawa balik bini no 2.

mesti ada sebab yang membuatkan suami ingin cari seorang lagi untuk menjadi teman hidup dia...

kalaula terkena dengan saya, tiba2 suami minta izin nk kahwin satu lagi, rasanya saya terima coz
1. kita tahu suami kita masih sayang kat kita, kalau tak dia dah ceraikan kan kita dan kahwin je dengan girl lain.

2. bodoh la kalau kita cakap' kalau awak nak kahwin juga, ceraikan saya'.. buat apa kita nk lepaskan 100% lelaki yang kita sayang, n dia pun sayang kat kita, kat perempuan tu... seolah2 kita bagi free laki kita kat dia.

3.saya tahu kelemahan saya ( tak perlu la saya cakap apa kelemahan saya) dan what i want to do is to make may husbang happy.. bila dia happy, saya pun happy..

itu kalu di andaikan saja la... hehe.. minta2 dijauhkan... perempuan tetap perempuan... sensitif, lemah, cepat terasa, n mana ada orang kat dunia ni sanggup nak berkongsi sesuatu yang kita amat sayang.. tetapi kita kene ingat... Allah amat suka kalau kita bagi sesuatu kepada orang lain, sesuatu tu benda yang amat berharga untuk kita... dalam kes ni berkongsi suami la... sebab tu, isteri pertama yang beri izin pada suami untuk bernikah lagi satu, dijanjikan payung emas di akhirat kelak..

ntahla... kalu ada sesiapa yang nk kongsi cerita pasal cerai, bermadu or apa2 kisah rumah tangga yang boleh dijadikan teladan, sudi2 la ye...

0 comments:

.