Hubby balik

semalam 30 Dec, Hubby cal around kul 12.00pm kata nak balik.. huhuhuhu

tak sabar beb tgu dia balik... suppose balik 11 Jan, tapi DH demam.. so dia balik kejap coz nak amik MC n buat checkup sikit2..

he told me to take him at kertih.. penat la saya drive ke sana, sorang2 lak tu.. saya turun kul 3.30pm sampai kat kertih 5.30 pm.. slow sikit hujan...

apepun, best giler dapat jumper DH balik...malam tadi ada bantal peluk..(biar sebelum ni ada bantal peluk=Zara, tapi tak sama cam peluk suami sendiri..) cesss ayat tak leh blah...

Zara pun happy dapat jupe abah dia.. saya pun happy bila tengok Zara happy...

Zarazuan Link

SILA SCROLL DOWN UNTUK ENTRY TERBARU

saya ada update sikit kat sales blog

sila-sila la kunjung yerr



Another One


Saya buat blog baru zarazuanlink untuk menempat Link-link kesukaan saya..

dari blog kawan-kawan MAYA ni sampai lah ke online shopping yang saya suka surf..

tapi Blog ni masih dalam pembinaan..

mungkin berserabut sikit...

so ringan-ringanlah jiwa anda untuk melayari blog ini ye...

Kenakalan..

malam nak tulis panjang2 la.. tengok Pic je la...
sila abaikan keadaan yang bersepah ye....
rumah tengah renovate...




























Jalan jalan cari makan

ni masa hari ahad malam...

pergi makan kat restoran dekat rumah je.. makan ikan sweet sour than yang lain2 order sendiri like, mee hoon tomyam(me la tuuu), mee kungfu la, nasi goreng USA la.. macam-macam ada...

tapi saya tak snap pun makanan tuh sebab dah lapar...

saya snap pic puteri ni je....

majlis pertunangan

Masa hari Sabtu baru ni, Saya ada pergi majlis pertunangan kazen saya.. kat area sini jugak..

ni pic mak sedara saya dengan bakal menantunya










Inilah bakal isteri kazen saya tuh... x nampak ke?? kecik sangat kan.. saya duduk je kat depan tuh sambil snap pic.. malas dah nak bangun









ini umpan untuk Zara.. sibuk juga nak ambil gambar




Pagi ini 31 Dec 2008

Pagi yang terakhir untuk tahun 2008....
esok pagi 2009 [ulak...

Zara belum bangun.. tengok la betapa syoknya dia tdo.. saya kene bangun nak pegi kerja..

Bantal golek Pink tu abang Afiq dia yang bagi.. my 2nd brother sampai malam tadi dri penang.. dia bercuti kat rumah mak mentua dia, Penang. dia duk kat senawang N9.

selimut dengan kain pelikat abah dia.. macam-macam la




ni dah siap nak pergi kerja...










saya beli kasut baru.. lalalalalaalal
bata je.. dari RM69.00 jadi RM42.00
ada sale... tinggi 2 and 1/2 inch kot

new Camera

My mom tak jadi beli Camera Yashica tu..

so dia bagi saya camera yang dia tengah guna sekarang.. panasonic

7.2 MP..

not bad la.. asal dapat snap pic Zara sudah...

tapi takleh nak upload la hari ni coz saya tak ingat nak bawa cabel...

saya download dari ofis je coz kat rumah tu dah terminate...

saya sampai ofis 7.30 pagi tu.. saya siapkan entry semua.. then auto publish..
start keje kul 8.00 pagi.. so dalam masa 1/2 hour tu, saya pulus la buat semua supaya tak ganggu masa kerja nanti...

before 30 Dec 2008

24 Dec 2008
Hari ni saya amik cuti sebab nak kemas rumah.. mummy saya balik 25 DEc.. start dari
1. wet kitchen
2. dry kitchen
3. dining
4. living room
5 . 4 bedroom (saya sendiri sebab bilik saya tengah renovate, bilik parent saya, bilik abang saya coz aunt saya nak tido umah saya, then another bilik, untuk abang saya tido)
6. dan yang cenonet2 lain..

saya hantar Zara kat taskla hari tu.. tak larat la maa nak jaga dia lagi, nak kemas rumah lagi.. Zara tu bukan nye boleh duduk diam.. then asyik nak saya hadap dia je..

pas tu pergi bank lagi, post office lagi..

petang baru amik zara...

Malam tdo awal coz nak amik parent kat airport awal pagi..

25 Dec 2008

7.30 pagi - bertolak ke Airport untuk sambut parent balik... Zara cam kenal2 tak kenal je ngan Tokmi and Tokki dia..mungkin sebab lama tak jumpa..

balik rumah semua orang menunggu my parent kat rumah.. Aunts and Uncles...

lunch kat rumah kawan Aunt.. naik rumah (kenduri untuk ruamh baru)..
best juga nasi minyak dia..

dinner beli bungkus je...

26 Dec 2008
My Aunt tak jadi balik lagi hari ni coz dia tengah tunggu visa yang tak siap lagi.. (visa sebab dia nak move out ke kazakstan)

lunch - mummy saya beli lauk kat kedai je..
dinner pulak sate.. best woooo

27 Dec 2008
Aunt saya balik hari ni.. tapi, kereta pulak rosak kat highway karak..

lunch- kenduri kahwin kat rumah...

hi tea- majlis tunang may kazen.. makan laksa terengganu.. best....
Zara pulak buat hal nak makan sendri... aduk mak oiii.. ponet den layan tuan puteri sorang ni..

hubby call suruh beli barang dia and kirim kat driver...
pergi la saya bersopping sorang2.. tak bawa zara sebab dah penat.. tinggalkan dia dengan kazen. biar dia main sama2..

dinner - prosperity burger.... bestttttttt

28 Dec 2008
bangun kul 6.30 pagi coz nak bagi barang hubby kat driver.. My aunt sampai.. kereta dia rosak jam 11.30 pagi 27 Dec.. siap kul 11.30 malam, terus dia balik ke TRG...

saya cuti hari ni.. sebab nak spend time with my parent.. lunch beli nasi ayam je..

dinner pulak makan ikan sweet sour ramai2.. I have a big family.. my mum ada 8 sibling.. so memang meriah.. tapi tak semua sibling dia ada la..2 je takde coz ada kat KL.

sudah makan balik rumah.. zara dah nak tido.. then bagi la dia tido.. dalam kul 11.30 something dia terjaga and menangis.. memang kaw kaw la mengamuk.. orang sentuh je mengamuk.. tokmi sentuh mengamuk..

saya dah tak tau nak wat ape.. baca surah yassin pun tak jadi ape...
sambil membebel sebut, taga, taka,, ntah la saya pun tak faham apa yang dia sebut

then my mum amik juga dalam dia nangis tu.. baca2 sikit, then dia pun senyap.. (masa petang tu, my uncle duk bercerita tentang orang 'buat' ni.. buatan orang la....ntah laaa)

kul 1.30 baru dia tdo elok... saya pulak nak dekat kul 3 baru tido..


29 Dec 2008


hari ni pergi makan Sotong Celup Tepung..Kaww punya sedap la...
zara tido... memang aman la sekejap masa tengah makan tu..

bila dah nak habis baru Zara terjaga.. bagi dia makan mee goreng..

Dinner pulak makan rumah my Aunt (adiik bongsu mak saya)
and Zara dah jumpa ramai kawan, memang ligat la dia.. saya

Awal Muhharam

Selamat menyambut Awal Muhharam..

Tutup buku lama buka buku baru..

Semoga tahun baru ni memberi seribu rahmat kepada kita..

Zara's 1st word

actually sekarang Zara dah banyak bercakap.. tapi dalam bahasa german la.. satu habuk pun saya tak faham..

tapi akhir2 ni banyak juga yang saya dapat tangkap..

1. Baru ni dia tengah mengamuk.. then dia jerit "\mama!! bah inggal".. mean Abah tinggal.. malam tu abah dia tak balik coz pergi fishing.... abah dia balik saya cerita la.. abah dia senyum je..

2. bila nampak cat.. dia akan buat bunyi mulut sambil sebut "cat cat.."

3. semalam dengan abah dia.. bangun pagi.. saya dah kuar pergo post office, tinggal dia dua org dlm bilik.. then cam biasa kalau zara bangun dulu dia akan kejutkan abah dia.. bila abah dia bangun, turun dr katil, Zara pun sebut "bah ane?" mean abah nak pergi mana? bla abah kata nak gi dapur, dia bangun nak ikut sekali..

4. ada lagi tapi tak ingat la.. kalau nampak bird dia akan tunjuk sambil uh uh uh.. mean tak reti lagi la tu nak sebut..

dah besar dah anak mama..

hari ni abah zara dah pergi offshore...

khamis nanti my parent balik...

selasa saya nak pergi claim rebate fuel..

muahaha... kita shoppingggggggg.

kan fuel dah turun... so tak de nak kisah fuel mahal lagi.. so boleh la kita shopping dengan rebate tu...

jangan menjelesssssss

Zara's Milestone 14MO

pada nak masuk 14 bulan ni dah macam2 zara boleh buat..

1. of course panggil mama n abah.

2. ajak orang pergi memana. dia akan tarik tangan kita n heret pergi mana dia nk pergi. kalau kita buat tak layan, dia akan gesel2 manja tepi kita sambil kluar bahasa german dia(maybe dia duk kata, jom r mama.. jom r...)

3. dah pandai dengar arahan.. if I say sitdown, dia akan sitdown.. if I say, tolong ambil pampers tu, dia akan pergi ambil. bila suruh kiss, dia akan kiss pipi kiata, mouth kissing pun dia buat jugak...

4. belum boleh berlari tapi dalam proses.. dah boleh jalan laju.

5. dah pandai tiru gaya orang.. kalau orang tengah cakap phone, dia pun buat juga..sambil pegang phone, sambil membebel bahasa German then sambil picit keypad tuh. kalau orang sibuk nak tukar chanel( guna controller) dia pun amik control buat2 tekan.

6. dah pandai meragam.. kalau dia taknak pape, dia akn tekup muka atas lantai.. contoh mandi pagi (weekday).. tu termasuk tanda protes taknak pergi nursery.

7. dah pandai merajuk..buat2 nangis..

8. dah pandai minta pakaikan baju or kasut. dia akan pergi amik kasut, bagi kita sambil dia angkat kaki suruh pakaikan.

9. kalau pergi shopping complex, dia hanya akan duduk dlm troli or berdukung. kalau lepas dia berjalan, dia taknak.. maybe sebab saya tak biasakan lepas dia berjalan. ye la, kalau pergi bershopping, just saya n zara.. takkan nak lepas kot.. tak berani la..

10. dah boleh minum air dalam cawan.

11. makan makanan yang kita makan.. no bubur2..tapi bubur mcd ok..

12. tak suka kek kek or kuih kuih.. kalau roti suka.. memang ikut abah dia.. abah dia tak suka kek kek bagai.. but I love kek.. so much

n apa lagi ek... nanti saya teringat saya hapdet lagi

Backup Blog

Saper2 kat sini dah backup blog?

saya dah..

mengerunkan bila tiba2 je buka nak login, zarazuan.blogspot.com have been removed..

muahahahaha... menangis saya nanti...

segala kenangan family hilang camtu je.....

saya backup ke zarazuan.wordpress.com

takyah masukla coz rumah tu tak bercatpun...

namala backup kan......

so wordpress tu sekadar untuk ditengok oleh saya sorang je..

if say la, blogspot ni bengong, menbuang account saya tanpa sebab, barula saya makeup cantik2....

Goverment

saya berharap sangat dapat offer letter dari gomen next year.. I wish I will get this job....
I really really want this job.. Please Allah.....

Next Week

Apa akan terjadi pada next week ye???
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Parent saya balik!!!!!

wahh tak sabar tunggu doerang balik..

rindu ye kat they all...........

Zara di waktu pagi

Pagi tadi, zara susah betul nak bangun tido..

ye la dah berapa hari dia takpergi nursery.. dari hari jumaat samapi semalam (selasa)..

5 hari hokehhh...

saya kejutkan dia, dia buat dek je...

pastu saya gerak2 la skit tubuh dia..

boleh dia sambil pejam mata, buat suara uhhhh...

bertuah betul budak ni..

puas la memujuk suruh bangun..

then bangun la zara.. senyum2..

then cakap kat dia, jom mandi pergi school ye... dia ber bunyi arghhhh

menandakan dia taknak peergi la tuh....

nak suruh mandi duk depan toilet, dia buat hal nak berguling kat situ..

aduh.. pening saya melayan budak ini..

then mandi dalam sinki je la kat dining room tuh..

pas tu nak pakai huggies pulak satu hal lagi.. letak dia atas katil, abah dia ada tepi still taknak pakai..

then kena umpan tengok cite Fifi..

then pakai baju, siap2 hantar school..

sampai je kat school dia, nampak je teacher dia datang, dah merengek taknak..

kesian Zara selalu kene tinggal dari mama dia..

apa boleh buat... mama n Abah cari rezeki sayang....

Hari Raya

Selamat Hari Raya Aidil Adha pada semua pembaca zarazuan.blogspot.com
sorry sebab lama tak update..

saya cuti.. tak sihat.. ulser yang ada ni menyebabkan saya nak demam la.. pening la.. mulut ni berdenyut-denyut la..

Alhamdulillah hari ni dah ok sikit..

dari tiga tinggal 2 lagi ulser yg belum baik..

tapi yang satu kat bibir atas ni dah semakin mengecil..

tinggal yang kat lidah ni.. beransur kecil tapi still besar jugak lah.. tapi dah tak sakit sangat dah...

offshore

Hubby dah pergi offshore balik.. dia balik kejap je..

isnin balik, ari ni pergi semula

even sekejap tapi jadila.. dapat lepas rindu 2 orang puteri ni..

saper puteri???


saya la......n Zara..

*****************************************************************

Tengah saya menaip ayat2 kat atas tadi, hubby saya call...

tak jadi pergi la...

dia balik semula.. tak tahu sebab apa.. x sempat lagi nak tanya...

hehhehe..

so malam ni tak kesunyian lagi..

n zara ada teman untuk bergelak ketawa..

pagi tadi kan lepas hantar hubby ku kat driver, bukan hantar samapi kat kkertih yerr

saya balik rumah semula coz nak mandikan zara.. ye la kuar rumah kul 6.45.. driver dtg kul 7..

zara dah bangun tapi saya tak mandikan lagi.. balik rumah punyala dia mengamuk taknak mandi...dah la busuk sebab tutttttt...

so kene la paksa mandi.. meraung dia.. ape boleh buat.. dari dia meraung dekat nursery dia.. baik meraung dengan kita kan...

then hantar nursery.. ok... tak nagis..

then masuk kerja..

***************************************

Lunch tadi say terasa nak makan spagetti.. so berdesuppp pergi Pizza...

amik yang sensasi delight.. after tax RM9.15, air pepsi, spagetti, soup and brread.. ok ape...

best..

puas tekakku..

nak makan ap lagi ek????

malam ni masak je coz kene jimat2..

salary saya next week baru masuk..

salary hubby pun tak masuk lagi..

so mari la kita memasak ye....

ulser

ada saper2 boleh bagi suggestion untul ubat ulser.. saya punya ulser ni tak baik2 lagi.. tak tahan la sakitnya..

sekarang saya guna 2 ubat. 1 dari Doc - Oralan dan 1 dari farmasi - bonjela..

Oralan ni akan rasa kebas bila kita sapu.. so ok la untuk disapu sebelum kita nak makan.. bila makan nanti tak rasa sakit sangat..

yang bonjela ni, member saya kata ok, so saya beli.. ia akan rasa pedih2 sikit bila kita sapu....

tapi apapun, dua-dua ubat ni tak bawa perubahan pun...

please suggest satu ubat yang power punya..

Please... Please...

Tak suka.. Tak suka.. TAK SUKA!!!!

eeeeee!!! Menci nye saya....

saya memang pantang la kalau kesalahan orang lain diletakkan ke atas kepala saya...

huishhh tension nye saya... kalau nak sesuatu tu perfect.. beritahu la sendiri kat orang itu... then bila orang itu bagi sesuatu kat saya pulak.. boleh la saya setelkan sesuatu itu dengan lancar dan tidak ada masalah..

macam2 tak kena.. ada aje yang nak kene buat.. agaknya angin orang ini tak elok kot..
mungkin
1. Datang Bulan - tapi tak munasabah coz every day HANGIN.. takkan everyday datang bulan kot...
2. gaduh ngan boyfren - yang ni munasabah juga coz orang ini selalu takleh berdekatan ngan boyfren dia...
3. memang jenis dia macam ni kot..

tensionnnnnn......

.